BERITA TERKINI
Agenda : Jom Konvoi Utara
Tarikh : 23.12.2011 (Jumaat) hingga 25.12.2011 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi (Pendaftaran -23/12/2011)
Komplek Belia dan Sukan,Kamunting.
Destinasi : Dari Taiping,Perak ke Arau,Perlis.
Bayaran : RM 40.00 seorang.
Bank : Cimb Bank
Nama Akaun : KREW PENGAKAP KELANA A LMS (KELANA AMAN)
No.Akaun : 0827-0001508-20-2
Dapatkan borang penyertaan Jom Konvoi Utara melalui :-
En.Nizam 017-4823398 zam9w2npt @yahoo.com
En.Azlan 013-4798160 azlan_aminudin @yahoo.com
En.Farhan 013-4886724 farhankelanalms @yahoo.com
Makluman :
Malaysia
menarik diri dari program tersebut.
pendaftaran dan dihantar melalui email sebagai bahan bukti
pendaftaran.
Borang Pendaftaran hendak dihantar sebelum 31hb Oktober 2011 ke alamat :
En.Mohd Nizam Bin Ali
No.114,Simpang Kubu Gajah,
34130 Selama,
Perak Darul Ridzuan
Wednesday, September 21, 2011
Apakah Pengakap Kelana
Pengakap Kelana ialah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap
Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan di serata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental. Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam
» Perkhidmatan
» Sosial
» Cabaran luar
» Aktiviti mental
» Semangat
Krew Pengakap Kelana boleh mengadakan program sendiri yang boleh dipelbagaikan mengikut minat dan idea ahli-ahli kumpulan. Pengurusan dalaman Krew Pengakap Kelana adalah terletak di tangan ahli-ahli krew. Pelantikan pihak Krew atasan adalah di bawah pemilihan ahli Pengakap Kelana yang menguruskan hubungan antara Krew Pengakap Kelana dengan bantuan dan bimbingan daripada Penasihat Pengakap Kelana.
Prinsip Pengakap Kelana
Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) adalah sebuah badan sukarela. Ia merupakan NGO (Non Governmental Organization) dan NPO (Non Profit Organization). PPM terbuka kepada semua tanpa mengambil kira perbezaan agama, bangsa atau kepercayaan, dalam erti kata bersesuaian dengan prinsip dan pegangan yang diutarakan oleh pengasasnya, Lord Baden-Powell. Pengakap Kelana bukan sahaja satu program yang meluas dan berfaedah, tetapi ia adalah jalan kehidupan yang lebih sihat.
Matlamat Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk membina semangat kerakyatan dan menggalakkan pembangunan fizikal, mental, sosial dan semangat golongan muda supaya mereka dapat memperoleh kedudukan yang baik sebagai anggota masyarakat tempatan, kebangsaan dan juga antarabangsa. Pengakap Kelana cuba untuk membantu mengenali peranan yang boleh dimainkan dalam masyarakat. Ia juga menggalakkan ahlinya untuk menjadi jujur pada diri sendiri dan turut bertanggungjawab kepada dunia sekeliling.
Dasar Pengakap adalah sebagaimana yang telah diperkenalkan oleh pengasasnya, iaitu PENGAKAP harus berkhidmat demi Tuhan, bertindak dengan mengambil kira apa yang perlu dan menggunakan kebolehan untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga, serta masyarakat di mana mereka tinggal. Terdapat tiga prinsip yang dijelaskan daripada kod yang dipimpin di mana sifat-sifat ahli dalam gerakan adalah berpandukan kepada: kewajipan kepada Tuhan; kewajipan kepada semua; dan kewajipan kepada diri sendiri.
Gerakan dalam Bahagian Pengakap Kelana adalah bahagian dewasa dimana ia adalah penemuan diri di dalam penyesuaian dengan tujuan serta prinsip gerakan. Dasar ini dibentuk dalam Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap. Untuk menjadi seorang Pengakap Kelana, Persetiaan Pengakap hendaklah dilaksanakan. Apabila membuat sesuatu, Pengakap Kelana hendaklah menyumbangkan kepada dasar ini.
Walau bagaimanapun, Pengakap Kelana bukanlah bersifat keagamaan. Ia memberi galakan untuk membuat sesuatu kerja dengan idea sendiri dan konsep ketuhanan masing-masing, di dalam erti kata yang luas tentang Persetiaan dan Undang-undang Pengakap supaya idea itu dapat dijadikan suatu tindakan.
Selain daripada itu, Program Latihan Pengakap Kelana wujud untuk mengukuhkan dasar pergerakan Persekutuan Pengakap Malaysia agar ia selari dengan dasar dan aspirasi Negara Malaysia. Rukunegara telah dijadikan sebagai panduan dan pedoman yang dipegang selari bersama-sama dasar, tujuan dan prinsip berpengakap.
Rukunegara
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan:
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-undang Pengakap
Undang-undang Pengakap
1) Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2) Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin Pengakap, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang dibawahnya.
3) Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
4) Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada Pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
5) Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6) Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
7) Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-pemimpin Pengakapnya tanpa apa-apa soalan.
8) Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan.
9) Pengakap adalah jimat dan cermat.
10) Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
Matlamat Pengakap Kelana
Tujuan dan prinsip pergerakan Pengakap dinyatakan dalam bentuk yang lebih kukuh dalam objektif bahagian Pengakap Kelana. Matlamat ini menjelaskan maksud di sebalik program Pengakap Kelana dan memperoleh penjelasan dalam aktiviti setiap Krew Pengakap Kelana.Matlamat Pengakap Kelana adalah untuk:
» Memperkenalkan kerakyatan yang aktif.
» Memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.
» Melengkapi ahli-ahli dengan cabaran dan peluang untuk meningkatkan kebolehan diri sendiri.
» Membolehkan ahli-ahli melengkapi diri mereka dengan kehidupan yang lebih memuaskan dan berfaedah.
» Mengambil bahagian dengan aktif dalam peningkatan pergerakan Pengakap.
Perkhidmatan
Matlamat ini jelas menunjukkan bahawa khidmat kepada masyarakat mempunyai peranan penting dalam pergerakan Pengakap Kelana. Tema perkhidmatan Pengakap Kelana adalah keperluan untuk mematuhi prinsip Pengakap dan tuntutan ke atas janji Pengakap Kelana iaitu Menolong orang pada setiap masa.
Kita mendapat banyak manfaat daripada masyarakat sekeliling. Perkhidmatan Pengakap Kelana kepada masyarakat dan pergerakan Pengakap adalah jalan terbaik untuk memberikan sedikit pulangan balik kepada masyarakat. Cogan kata Pengakap Kelana ialah “BERKHIDMAT” dan oleh yang demikian, Pengakap Kelana harus sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada semua.
Peningkatan Semangat
Polisi pergerakan Pengakap, yang merangkumi ahli-ahli daripada pelbagai agama adalah: setiap ahli harus meningkatkan perhubungan mereka dengan nilai semangat kehidupan, daripada kesetiaan untuk semangat dasarnya melalui ketaatan kepada agama yang menunjukkan kepada mereka melalui penerimaan hasil kerja mereka sendiri.
Pendekatan pelajaran pergerakan Pengakap termasuk membantu golongan muda untuk mengecapi dunia harta benda dan nilai semangat dalam kehidupan.
Tujuan Pengakap Kelana
Sepertimana dengan bahagian-bahagian lain dalam Persekutuan Pengakap Malaysia, bahagian Pengakap Kelana juga mempunyai tujuan-tujuannya tersendiri di mana ia dilakukan mengikut pandangan seorang dewasa.
Tujuan-tujuan adalah seperti berikut:
1) Membentuk warganegara yang taat kepada Negara.
Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama yang diketuai oleh seorang Yang Dipertuan Agong. Yang Dipertuan Agong merupakan simbol kedaulatan undang-undang negara. Pengakap Kelana adalah diingatkan supaya mempertahankan undang-undang dan dasar-dasar negara untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara.
2) Meninggikan Persaudaraan antara Pengakap-Pengakap Sedunia.
Pengakap Kelana adalah ahli Pergerakan Pengakap Sedunia yang telah ditubuhkan untuk memastikan ahli-ahlinya menjadi warganegara dunia yang berguna dan berkebolehan. Semua Pengakap Kelana adalah sahabat dan saudara antara satu sama lain. Setakat ini, lebih daripada 250 juta orang di seluruh dunia pernah menjadi Pengakap.
3) Persaudaraan Aktiviti-aktiviti Luar
Pengakap ditubuhkan untuk menggalakkan belia-belia melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar seperti berkhemah, mengembara dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti tersebut melatih seseorang itu menjadi seorang yang berpengalaman dan boleh bergantung kepada dirinya sendiri dan seterusnya membantu orang lain. Sistem Latihan Pengakap Kelana menggalakkan semua ahlinya melatih diri sendiri dalam kemahiran luar.
4) Perkhidmatan Masyarakat
Dalam pembentukan warganegara yang berguna, Pengakap Kelana itu diwajibkan berkhidmat kepada masyarakatnya dengan tujuan untuk keamanan dan kedamaian masyarakat.
5) Fikiran Progresif Antara Belia
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia memandang ke arah golongan belianya untuk menjadi pemimpin-pemimpin masa depan. Dengan melibatkan diri dalam hal ehwal masyarakat, seorang Pengakap Kelana diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Ini dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti melanjutkan pelajaran, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tiada kaitan unsur politik, ataupun berkhidmat kepada masyarakat.
6) Berdikari
Undang-undang Pengakap yang kesebelas yang dicatatkan, iaitu “Seorang Pengakap itu bukannya bodoh”. A Scout is not a fool. Dalam latihan Pengakap Kelana, seseorang itu diwajibkan memperoleh tabiat-tabiat berdikari dan dipastikan supaya menjalankan tugas-tugasnya dengan seberapa daya upaya yang boleh.
7) Perlindungan Alam Semula jadi
Dengan pembangunan yang pesat, kita kehilangan sebahagian daripada alam semula jadi kita. Alam semula jadi adalah tempat di mana aktiviti-aktiviti berpengakap dijalankan. Dengan kesedaran ini, Pengakap Kelana diharapkan memainkan peranannya untuk melindungi alam semula jadinya dengan sebaik mungkin.
Penubuhan Pengakap Kelana
Sebuah Krew Pengakap Kelana adalah sekumpulan belia berumur di antara 17 ½ hingga 25 tahun yang mempunyai minat yang sama. Terdapat 6 jenis Krew Pengakap Kelana yang berlainan di mana kesemuanya boleh ditubuhkan di bawah Polisi Organisasi dan Peraturan (POR) Persekutuan Pengakap Malaysia. Semua krew adalah didaftarkan di bawah Negeri kecuali Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). Krew-krew tersebut adalah:
1) Krew Pengakap Kelana dalam Kumpulan
Kumpulan ini didaftarkan sebagai Unit Kanan (dewasa) bagi sesuatu kumpulan untuk menyempurnakan struktur keluarga kumpulan tersebut tanpa menggunakan nama kumpulan. Ketua dan Penasihat Krew akan mewakili Krew di dalam majlis kumpulan.
2) Krew Pengakap Kelana Tempatan (Kumpulan Terbuka)
Didaftarkan sebagai satu kumpulan berasingan. Krew ini tidak mempunyai jawatankuasa kumpulan dan ahli-ahlinya mendapat sumbangan dengan usaha sendiri.
3) Krew Pengakap Kelana Daerah
Sebuah Krew Pengakap Kelana Daerah adalah ditubuhkan dengan cara yang sama seperti sebuah Krew terbuka tempatan.
4) Krew Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM)
Krew ini ditubuhkan di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Disifatkan sebagai satu kumpulan di bawah unit KLKM (Negeri). Penasihat adalah seorang ahli atau kakitangan institusi berkenaan sama ada kakitangan akademik mahupun kakitangan bukan akademik. Krew KLKM ditubuhkan dengan polisi unit KLKM.
5) Krew Pengakap Kelana Aktiviti Istimewa
Krew ini ditubuhkan sebagai krew terbuka bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli kumpulan yang berminat menjalankan aktiviti secara berkumpulan seperti rock climbing, abseiling, caving, scuba diving, marathon dan lain-lain.
6) Krew Perkhidmatan
Ditubuhkan untuk satu masa yang ditetapkan bagi membantu dalam aktiviti besar yang dianjurkan oleh negara atau negeri. Krew ini dibuka kepada semua ahli Pengakap Kelana. Krew ini boleh ditubuhkan untuk menjalankan perkhidmatan bagi sesebuah ibu pejabat atau tempat perkhemahan. Krew tersebut adalah tertakluk di bawah negara atau negeri dan mempunyai peraturan tertentu.
Pendaftaran Kumpulan Pengakap Kelana
Permulaan sebuah Krew Pengakap Kelana bukanlah suatu perkara yang mudah. Ini adalah kerana ia melibatkan anggota yang berbilang bangsa dan agama. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk mendaftarkan sesebuah Kumpulan Pengakap Kelana.
Langkah Pertama
Mengadakan suatu perjumpaan di antara mereka yang ingin menjadi Pengakap Kelana. Mendapatkan nama penuh dan butiran peribadi mereka. Jika boleh, jemput Pesuruhjaya Pengakap Daerah atau Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Kelana) menghadiri perjumpaan ini. Menerangkan kepada mereka tentang tujuan dan aktiviti Program Latihan Pengakap Kelana.
Langkah Kedua
Mendapatkan seseorang yang berusia 26 tahun dan ke atas yang berminat dan bertanggungjawab untuk dilantik menjadi Penasihat Krew Pengakap Kelana. Sekiranya terdapat ahli-ahli perempuan dalam Krew tersebut, seorang Penolong Pemimpin Wanita hendaklah dilantik.
Langkah Ketiga
Dapatkan kebenaran Pesuruhjaya Pengakap Daerah, untuk menubuhkan Krew Pengakap Kelana tersebut.
Langkah Keempat
Melengkapkan borang-borang yang berkenaan. Menyerahkan borang tersebut kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah untuk dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Menjalankan satu perjumpaan khas: Setiap ahli diberi buku panduan Pengakap Kelana Melantik ahli jawatankuasa Menetapkan satu hari untuk menjalankan mesyuarat Krew.Menetapkan yuran Krew.
Langkah Kelima
Sekiranya Krew tersebut ditubuhkan di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) atau syarikat, dapatkan penganjur untuk mengisi jawatan Majlis Jawatankuasa Kumpulan.
Langkah Keenam
Dapatkan borang pendaftaran dan permohonan tauliah pemimpin daripada Pesuruhjaya Pengakap Daerah ataupun Ibu Pejabat Pengakap yang berhampiran. Borang yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah berserta yuran pendaftaran.
Majlis Pengurusan Krew Pengakap Kelana
Bagi melicinkan proses pengurusan kumpulan, Majlis Pengurusan Krew Pengakap Kelana (Crew Executive) atau pihak atasan Krew mesti dipilih. Jumlah minima Majlis Pengurusan adalah seramai 3 orang iaitu Ketua Kelana, Setiausaha dan Bendahari. Akan tetapi, kebanyakan kumpulan mempunyai Penolong Ketua Kelana, Den Warden, Penolong Setiausaha selaku Pegawai Log Aktiviti dan Kuartermaster. Ahli kumpulan sepatutnya telah diberi penerangan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab mereka.
Ketua Krew Pengakap Kelana
Ketua Kelana bertanggungjawab :
1) Mengetuai Krew dalam mencapai matlamat dan objektif Pengakap Kelana dengan berpandukan peraturan-peraturan yang ada. Berperanan juga menentukan rancangan dalam usaha untuk mencapai matlamat tersebut.
2) Mengetuai Majlis Pengurusan Krew Pengakap Kelana.
3) Mempengerusikan mesyuarat.
4) Mewakili Krew dalam mana-mana mesyuarat bersama persatuan-persatuan lain.
5) Menguruskan kumpulan, menetapkan jawatankuasa dan memastikan jawatankuasa yang ditetapkan menjalankan tugas dengan sempurna dan memberi perhatian terhadap setiap kebajikan jawatankuasa.
6) Memastikan program Krew berjalan dengan lancar dan mempunyai kemajuan.
7) Memastikan tiada masalah antara ahli Krew dan menyelesaikan masalah yang timbul (jika ada) dengan baik.
8) Memastikan semua rancangan berjalan dengan lancar.
Penolong Ketua Krew Pengakap Kelana
Penolong Ketua Kelana berperanan :
1) Membantu Ketua Krew sebagaimana yang boleh.
2) Mengambil alih tanggungjawab Ketua Krew jika dia tidak dapat menghadiri sesuatu majlis.
Setiausaha Krew Pengakap Kelana
Setiausaha bertanggungjawab untuk :
1) Mencatat minit mesyuarat.
2) Membaca minit mesyuarat yang lalu.
3) Membuat agenda mesyuarat dan memaklumkan ahli tentang mesyuarat yang akan diadakan.
4) Menerima, menyimpan dan membaca semua urusan dalam mesyuarat.
5) Menulis, mengutus dan menyimpan salinan urusan di luar mesyuarat. Kesemuanya akan dibaca dalam mesyuarat yang akan datang.
6) Menerima dan menyimpan laporan tentang ahli Krew.
Bendahari Eksekutif Krew
Bendahari pula bertanggungjawab sebagai :
1) Menerima dan menyimpan wang pembayaran daripada ahli Krew dan mencatatkan dalam akaun.
2) Mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dibuat oleh ahli Krew.
3) Menimbang rekod perakaunan yang tepat untuk semua penerimaan, pembayaran dan tanggungan kewangan bagi setiap Krew.
4) Membuat pembayaran yang sah bagi pihak Krew.
5) Menyedia dan menghantar laporan tentang resit, belanjawan dan baki kewangan dalam mesyuarat.
6) Menyediakan laporan belanjawan tahunan untuk diperiksa oleh juruaudit Krew dan dibawa dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
‘Den Warden’
‘Den Warden’ bagi setiap Krew bertugas untuk :
1) Menguruskan kawasan perkhemahan dan bilik operasi Krew supaya kelihatan kemas dan selesa.
2) Menyediakan jadual bertugas untuk ahli Krew dan memastikan kebersihan kawasan perkhemahan dan bilik operasi Krew.
3) Memastikan kebersihan kawasan selepas digunakan oleh ahli Krew.
4) Memastikan setiap kawasan mempunyai keperluan yang mencukupi terutamanya bekalan air pada masa perkhemahan.
Pegawai Log Aktiviti / Penolong Setiausaha Eksekutif Krew
Pegawai Log Aktiviti bertugas untuk :
1) Membantu Setiausaha Krew dalam segala urusan penyediaan kertas kerja dan minit mesyuarat.
2) Menguruskan semua laporan aktiviti Krew termasuk laporan bertulis, laporan bergambar dan cenderamata yang dikumpulkan dalam setiap aktiviti.
Kuartermaster
Kuartermaster pula bertanggungjawab untuk :
1) Menguruskan segala peralatan dan keperluan Krew.
2) Menyimpan senarai peralatan, rekod tentang pengeluaran dan pemulangan peralatan.
3) Menyelidik dan mencadangkan pembelian peralatan bagi keperluan tambahan yang diperlukan oleh Krew.
Pegawai Perhubungan Awam
Peranan Pegawai Perhubungan Awam :
1) Menonjolkan imej yang baik tentang Krew dan Persatuan Pengakap Malaysia kepada masyarakat dan ahli-ahli Persatuan Pengakap negara yang lain.
2) Menggunakan sebarang identiti yang baik daripada Krew dalam usaha menonjolkan imej Krew.
3) Memastikan identiti Krew dapat menarik perhatian dan sesuai dengan remaja dan dewasa.
4) Memperkenalkan Krew kepada Unit Pengakap Remaja yang terdekat dan menggalakkan mereka menyertai Krew Pengakap Kelana selepas meninggalkan unit berkenaan.
Perwakilan
Tanggungjawab perwakilan ialah :
1) Mewakili Krew dalam mesyuarat antara badan-badan rasmi.
2) Mengutarakan cadangan-cadangan kumpulan dan menyokong cadangan-cadangan yang dibuat seperti yang telah diperintahkan.
3) Memilih cadangan terbaik (jika tiada arahan) demi kepentingan Krew.
4) Memaklumkan laporan dari mesyuarat yang telah dihadirinya kepada ahli Krew yang lain dalam mesyuarat Krew.
5) Tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa persetujuan ahli-ahli Krew kecuali pada masa-masa tertentu.
Penyelaras Perkhidmatan/Kebajikan
Bertanggungjawab dan bertugas untuk :
1) Menguruskan dan menyusun perkhidmatan Krew berdasarkan potensi untuk berkhidmat, jumlah ahli, kesediaan perkhidmatan, kelapangan masa, potensi dan komitmen ahli.
2) Memastikan kerja-kerja perkhidmatan adalah berfaedah dan bermanfaat kepada mereka yang memerlukan dan berjalan dengan lancar selaras dengan cogan kata Pengakap Kelana, “BERKHIDMAT”.
3) Menguruskan kelengkapan yang cukup dan menyelia kerja atau memerintahkan perwakilan untuk berbuat demikian.
4) Memastikan perkhidmatan adalah bercirikan program Krew dan seiring dengan matlamat Krew.
Nota: Senarai di atas tidak semestinya setakat itu sahaja. Ahli Krew yang lain boleh mempunyai tanggungjawab yang tertentu berdasarkan keperluan sesebuah Krew Pengakap Kelana. Jika perlu, tulis keterangan jawatan tersebut dan edarkan kepada ahli kumpulan tersebut.
Penasihat Pengakap Kelana
Bertanggungjawab kepada :
Pemimpin Kumpulan/Ahli Pengakap Kelana (Dalam Kumpulan Pengakap Kelana)
Pesuruhjaya Daerah/Ahli Pengakap Kelana (Ahli Pengakap Kelana Daerah)
Objektif umum :
A) Menggalakkan aktiviti Pengakap Kelana di peringkat kumpulan.
B) Menggalakkan kemajuan Pengakap Remaja hingga Pengakap Kelana.
C) Menggalakkan kemajuan setiap ahli Pengakap Kelana.
Bidang tugas jawatan
A) Menasihati dan membantu Krew Pengakap Kelana seperti yang diperlukan dalam perancangan, pengelolaan dan pengendalian aktiviti Pengakap Kelana.
B) Seperti yang diperlukan, menasihati ahli-ahli Pengakap Kelana dalam kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan program Pengakap Latihan Pengakap Kelana serta mengenal pasti Jurulatih serta Penasihat yang berkelayakan.
C) Menggalak serta menasihati ahli Pengakap Kelana tentang kemajuan mereka dalam Program Latihan Pengakap Kelana
D) Memastikan kerjasama yang padu dengan bahagian-bahagian lain, terutamanya Pengakap Remaja, dan menggalakkan Pengakap Remaja untuk maju ke Pengakap Kelana, dan Kelana yang berkelayakan untuk berperanan sebagai Pemimpin Dewasa.
E) Melalui teladan, menunjukkan nilai akhlak yang tinggi.
0 comments:
Post a Comment